Sunday, 2 October 2011

Lentera Timur

Salam semua. Kini, kita sudah pun melangkah ke bulan yang bari iaitu bulan Oktober. Pastinya diharapkan bulan ini akan lebih menjanjikan kebahagiaan dan keberkatan di dalam hidup. Baiklah ini merupakan tugasan terakhir untuk kelas makeup semester ini. Walaupun sudah memasuki cuti semester namun itu bukan alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang di beri. Tugasan terakhir itu adalah menyediakan solekan asas bagi watak ahli nujum diraja yang berusia 78 tahun. Menarik bukan? solekan karektor digabungkan dengan solekan Old-Ages menjadi satu. Konsepnya adalah sedikit fantasi dan dongeng namun diberi suntikan kontemporari. Inilah hasilnya selepas wajah saya diubah menjadi ahli nujum yang berusia 78 tahun:
                                                                             SEBELUM
                                                                     
                                                                         SELEPAS
                                                                           








Thursday, 29 September 2011

All Your Love-soalan


  • 1. Definisi solekan karektor:
    Solekan karektor atau character makeup ialah solekan yang berjaya mengubah seseorang kepada yang luar biasa daripada normal di samping 
  •  
  • karektor yang dibawakan bebeza dengan watak biasa. Sebagai contoh watak dalam filem Avatar, dan teater 'Gamat'.
  •  Solekan karektor kehiasaanya digunakan di dalam filem, drama dan persembahan teater
  • 2. apakah dua prinsip asas solekan pentas dan mengapa ianya penting?
    -Dua prinsip asas solekan pentas ialah:
    a) Meletakkan base foudation dan menyapukan base powder ke seluruh bahagian muka mengikut kesesuaian warna kulit.
    b) Membuat shading dan highlight supaya menampakkan lagi kesan solekan apabila terkena limpahan cahaya lampu di atas pentas.
     
    Mengapa ia penting?
    Ini kerana apabila berada di atas pentas ia akan melihatkan wajah seseorang pelakon itu dengan lebih jelas dan mengetahui karektor yang sedang dibawakan. 

Sunday, 18 September 2011

Engkau Bagaikan Permata

salam. .hai semua. .bertemu lagi, baiklah minggu lepas merupakan minggu terkahir kelas makeup. so agak sedih sikit sb maybe x dapat nak belajar lebih lama lagi. tapi minggu ni sangat best sebab kitaorang buat dua tema iaitu TRANSGENDER dan ORANG TUA TAK SEDAR DIRI. mulanya yang orang tua agak sukar sedikit sb nak match ngn makeup n kostume. so guna apa yang ade di bilik en.fifi. hehe. .untuk yang transgender saya memilih character wanita india iaitu setiausaha di syarikat petronas. so gunakan kemeja putih yang di gunakan setiausaha. .inilah hasilnya:












Sunday, 11 September 2011

Bulan Yang Mesra. .

Salam. .hai. .untuk lasat week kami di beri tema 'Orang Tua tak sedar diri di hari raya'. nampak menarik bukan?.  .melihat tajuknya sahaja sudah membuatakn seribu satu pertanyaan. ada gambar itu, ada gambar ini semuanya menimbulkan persoalan. Mungkin dari aspek makeup seseorang itu ataupun cara berpakaian. Untuk nextwek pula kami belajar makeup transgender. laki kepada wanita, wanita kepada lelaki. pasti menarik kan>tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!:)

Rahsia Awet Muda. . Nenek Kebayan yang vogue!

salam. hai. .Masa 5hb yang lepas, kiteorang ada exam monolog with Pn.Aminah Raphor. Exam itu saya telah memilih karakter nenek kebayan yang vogue persis watak Ziana Zain di dalam filem Magika. Macam-macam perasaan ada. .Inilah hasilnya:




Di Kayangan Kita. . Makeup 'OLD'

salam. .setelah selesai peringkat kedua makeup penuaan, kami akan ke peringkat seterusnya. kami perlu makeup  orang tua yang mempunyai kerjaya yang tersendiri. Mewakili umur 40 dan 50 an. .beberapa hasil telah siap. .antaranya:



Biarkan Si Didid. .Biarkan. .Teater Kanak-Kanak

Salam. sebelum cuti raya yang lalu, saya dan kawan-kawan yang lain telah melibatkan diri di dalam sebuat teater kanak-kanak di bawah kendalian senior part 4(teater). kami telah di beri tugas sebagai ensemble dan mempersembahkan tarian itik dan ayam. Banyak yang kami belajar antaranya makeup dan kostume. selama 2 minggu kami berlatih dan menyiapkan segala keperluan. di sini beberapa gambar semasa pementasan di Sekolah rendah Bukit Subang.