Wednesday, 1 June 2011

Kali Pertama

Salam semua. .Hai! Pertama sekali bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah jua saya kembali ke Universiti Teknologi Mara(UiTM) setelah berehat selama sebulan. Pelbagai benda baru yang telah saya telah pelajarinya dan salah satunya ialah belajar makeup di bawah subjek Basic Makeup Design. Sebenarnya saya amat menyukai kerja ini kerana ia sungguh unik dan mencabar. Walaupun mempunyai skill yang ada tapi bagi saya masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan dikemaskan dari pelbagai sudut. Alhamdulillah, saya di kurniakan tenaga pengajar yang berkaliber iaitu En. Fifi kerana segala tunjuk ajar daripada beliau akan saya praktiknya. . InsyaAllah. Ini adalah blog pertama saya kerana saya tidak pernah terfikir membuatnya. .hehehe. .Dan diharapkan dengan penciptaan laman blog ini ianya dapat menjadi serampang dua mata terhadap karier dan kerjaya suatu hari nanti. .Amin. .Amin. .Amin. .Untuk itu saya mengharapkan anda seronok dan mendapat maklumat daripada blog ini. selamat membaca dan semoga terhibur!

No comments:

Post a Comment