Friday, 9 September 2011

Malam Gala dan Karnival SimplySiti

Salam. .bertemu kita lagi setelah sebulan menahan lapar dan dahaga pada bulan Ramadan yang di berkati. Kini menyambut pula Syawal yang mulia. Baiklah, beberapa bulan yang lalu fakulti saya iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik(TEKA) telah bergabung dengan tiga fakulti yang lain iaitu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara(UiTM) menjayakan satu acara gilang-gemilang iaitu Malam Gala dan Karnival SimplySiti di bawah anjuran SimplySiti milik penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin. Karnival ini telah berlangsung di Dewan Agung Tunku Caenselor(DATC)selama dua hari bermula 8 dan 9 Julai yang lalu. Pelbagai acara dan aktiviti menarik sepanjang karnival tersebut seperti teknik solekan daripada pihak SimplySiti, cabutan bertuah, pameran rumah hantu dan banyak lagi. Turut memeriahkan karnival tersebut ialah pertandingan Battles of The Bands dan acara-acara yang lain. Untuk karnival dan mala gala ini, kami terlibat secara langsung di belakang tabir sebagai makeup dan kostume untuk performances dan model. Sangat teruja dan berdebar-debar kerana karnival dan malam gala ini turut di sertai para pelajar dari Sekolah Seni Johor dan Sekolah Seni Sarawak sebagai penari yang mempersembahkan tarian yang berkonsepkan 1 Malaysia.
Kami berada di sana bermula 8 Julai lagi untuk full dress rehearsal dan 9 Julai untuk Malam Gala SimplySiti. Bermual 12pm kami mula bergegas ke belakang pentas untuk persiapan bersama-sama penari dan model. Yang menariknya, kami mendapat tajaan sepenuhnya untuk alat-alat kosmetik yang kesemuanya adalah barangan SimplySiti. Sangat mengagumkan! Tepat jam 8.30 malam malam gala dimulakan dengan penuh meriah dan glamour. Peminat-peminat dan tetamu VIP terpesona dan tersenyum sendiri melihat Dato' Siti Nurhaliza membuka tirai dengan lagu hitsnya, Destinasi Cinta. Selain itu lagu lain yang melatari konsert tersebut ialah Bulan Yang Mesra, Biarlah Rahsia, dan single terbarunya, Falling In Love. Konsert SimplySiti ini juga disertai oleh 3 orang artis terkenal Malaysia iaitu Amy Search, Ana Raffali dan Aizat.
tepat jam 11.30pm konsert ini tamat dengan jayanya. Dato' Siti Nurhaliza juga sempat mempromosikan produk terbarunya iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition. .




No comments:

Post a Comment